Tuesday, 17 July 2012

Bosan kot

Erm.. kerja kan.. macam ni la kan.. Bosan je rasa.. apasal ntah. Dah macam-macam hal buat. Tapi tak tau apa ntah.. Just nak sedarkan orang...aku sebenarnya tak suka orang tu. Tolong la faham. Tension betul bila ada yang tak pernah faham. Sekian~

Thursday, 10 May 2012

Bangunan Paling Cool Yang Penah Aku Lihat

Wahhh...ni first time la kan dapat google benda ni. Aku plak memang minat meng-google apa saja pun. So aku pun cari apa aku nak. Untuk dijadikan cerita.. erm... aku jumpa gambar-gambar ni. Sangat cantik dan unik. (batak kot!!!) So...let share and check it out!!

5 Cool Building Design (bagi aku) :-
1. Orestad High School, Copenhagen
  
2. Green Roof Art School, Singapore
3. Victorian College Of Art, Melbourne, Australia


4. Rafael Arozarena High School, Spain
5. Jubilee Campus, University Of Nottingham

Bayangkan betapa besarnya hati pereka-pereka bangunan ni. Cayalah! Macam mana diorang boleh terfikir design ni kan.... Aku terharu sangat kot! Ce korang bayangkan kepakaran diorang..... ^,^ wahhhh! aku nak bayangkan jap.. Sementara tu korang gi check bangunan yang cantik-cantik lagi k. 


Monday, 7 May 2012

Ketika Ku Suka Buat Ape Ku Suka (ep : 4)

Haha... Selamat hari mengantok semua !! 
Memang dapat aku rasa mengantoknye harini. Member depan aku ni dah menguap banyak kali dah. Tapi tangan "cik nida" masih tekun buat kira-kira. Memang itu lah kerja dia..tak abis-abis kira-kira matrik-matrik. Aku rasa matrik la. Tak tau apa sebenarnya dia kira kan. Mungkin bajet kawin. Apakah?? 
hehe..So biakan dia dengan kerja dia.
Sama jugak-jugak dengan "puan fara". Masih tekun walaupun mata nampak agak kemerahan menahan ngantok yang teramat sangat tuh. Tunggu masa dia duduk dalam keadaan tenang sambil matanya di pejam ye. Oiii! selamber kutuk member. Sorry beb..gurau je. Ada lagi sorang dok depan aku ni. "En. Safik" pun tekun tuh. Tengok youtube sambil buat konsert untuk single album dia bersama Mahernya Zain itu. Itu tajuk single album dia tau. Serius ni!  Tapi masih tekun berada dalam keadaan bekerja ye. 
Tak jauh sangat menyimpang tu. Ok lagi tu..
Aku??? update blog ni la. Selamber mamber sangat kan. Sebab aku dalam keadaan yang tegang di tengkok. Maknanya.....bosan tahap dewi (dewi la..gugurl kan). Aku tak tau nak buat apa pun. Tapi tadi rasa macam nak baca komik so..aku i-komik kan diri aku untuk klik komik "User-by Zint" paling kelakar dan kejam sebenarnya "under 18". Baca komik ni dan boleh longgarkan urat muka aku dengan senyuman ye. Tak boleh nak ketawa sangat. Nanti diorang kata saya gila. Heehehehe..sonot gak layan komik ni. So kepada yang rasa ngantok ce la klik i-komik. Boleh gak la membawa kegembiraan dikala kesunyian.

^,^ selamat mencuba


Wednesday, 25 April 2012

Happy New Day!! ++ In A Good Mood

Semalam sangat la marah dengan keadaan sekeliling.. Tapi tak semua la kan. Then disebabkan itu aku rasa macam raksasa yang malu-malu sedang mengganas dalam keadaan yang tersipu-sipu. Hah! giler ke apa nak touching lebih sangat sedangkan tak ada orang heran pun keadaan aku nih. Ahh! biarkan je la.
And now and today!! im back as a normal selepas terapi-terapi yang mujarab malam tadi. haha =) Aku rasa baru je masuk ke dunia yang baru. Hari baru kan.. Tapi kejadian pelik nih..ke perasaan aku je ni..masuk je office senyap giller sehingga bunyi perot bekeroncong lapar pun aku boleh dengar.( Sebab tu perot aku k). Sunyi tak office aku???? O_o (bosan betul) tapi aku dah hire Maher Zain untuk meriahkan office nih. So dalam keadaan yang macam tu..diorang pun buat muka terpaksa dengar aku nyanyi bersama artis nih. hah! Hamik korang..siapa suroh diam??

Tuesday, 24 April 2012

Ketika ku suka buat apa ku suka (ep : 3)

Salam semua..
Dah lama betul tak update blog nih.. ;-)
Selamber tak...update blog time kerja?? .. ha..selamber kan. Lantak situ.  Tak ada apa nak di update pun. Just nak share dengan korang la kan. Aku dah Sebulan lebih dalam program kuruskan badan. Nahh!! aku telah berotot ye. Kepada rakan yang kunun-kunun gagah, tolong jangan nak over perasaan sangat. 
Sebab aku lagi gagah!!
Bukan nak bangga la kan..but at least dalam sebulan lebih ni aku masih boleh memberi commitment yang superb atas kedisplinan aku dalam program ni. Aku tak pernah ponteng ye.. Dan hasilnya...saya berjaya turunkan 4kg!! Dengan cara yang sihat macam tu... Terbaik tau.
If  korang nak tau.. Aku buat Body Tonning.. Nari-nari sikit..(sikit lagi..?? bagai nak pecah otot kaki aku kot..) tak kisah pe pun..tp setakat ni nampak layak la nak join "You think you can dance" ke.. atau "Showdown" ke.. atau " Malaysian Got Talent" ke..(penah wujud ke??) =D
Haha..aku mengarot wehh!! Now dah waktu lunch ..Time to makan, makan dan makan makan bersama office mate..( Lau bos tau aku buat kerja ni..hehe..mampuih la..) Tapi jujur..Aku tak takot. Lalala~~

Ni idola aku untuk Body Toning ni.. haha >,<

Tuesday, 6 March 2012

ketika ku suka buat apa ku suka (ep : 2)

Salam.. kepada rakan-rakanku.. 
Dah lama rasa tak menaip and mengarot-ngarot dalam nih. Tak kisah la orang nak baca ke tak kan. Yang penting aku dah luah kat tempat yang sepatotnya.
Time2 boring ni...lagi-lagi bos tak ada kan..so aku rasa macam nak mengarot jap. 
Now dah masuk bulan Mac 2012. Macam-macam dah jadi dalam masa dua bulan yang lepas. Baik buruk semua terselah la kan. But itu semua anggap macam langau yang singgah dalam hidup.
Untuk pengetahuan korang, Aku dah sebulan dalam program meditasi diri dan muhasabah diri. Maklumla balik dari Kem Tranformasi kan. Kalau tak buat apa-apa perubahan memang teruk la manusia tersebut kan. So, banyak benda yang aku belajar dalam hidup ni. Relevan ke tak itu belakang kira. Tapi kalau nak hidup...ubahlah kepada yang terbaik. Aku kaji-kaji kat office ni...tengok budak-budak office dah boleh terima dalam keadaan apa sekali pun. Masing-masing boleh tenang dalam apa keadaan sekali pun. Tak ada dah nak kelam kabut, nak marah-marah macam yang lepas-lepas. Nampak perubahan dari setiap orang. Jujur aku cakap memang diorang berubah betul. Semakin sabar dan tenang. Keep it up guys!! 
Aku sayang korang. 
Di kala ku suka buat apa ku suka ep 2 nih..aku nak share sikit .Nida dan shana tak ada tau. Diorang pegi Bangkok. Dasat kawan-kawan aku nih. Hanya orang-orang terpilih je layak kerja macam diorang. Sebab diorang hebat. Kepada diri aku nih ada benda yang lebih terbaik menanti kat depan sana. So, bersabarlah sayang.. Haha. Sama gak kepada kawan-kawan yang lain, 
ha...doa jela kita akan dapat rezeki yang lebih banyak. 
Dah macam bosan sangat kan..kitorang yang ada kat office ni dah buat macam-macam dah. Tapi masih tak lari dari etika kerja la. Tak ada la sampai leh tengok movie kan.. Kami cuma nyanyi-nyanyi jew. eheee...sodap ke suara kau.. Kalau bab nyanyi..tak lain tak bukan mesti la shana yang hebat. Tapi dia tak ada kan. So dia boleh nyanyi kat bangkok. Dia suka nyanyi. Yang lain-lain jadi backup singer jew. But bunyik masih merdu k..ahaaa! (peluh besar).

Wednesday, 11 January 2012

ketika ku suka buat apa ku suka (ep : 1)

Hi geng! Dengan rase ok-ok je hati ni, sejak2 ni je rase ok-ok,  malam tadi aku terfikir plak nak buat something untuk jadikan hati ni lebih ok dari ok-ok. So aku capai frame yang aku beli agak lame gak aku simpan. Then aku susun gambar yang “sweet2” katenye.. kat frame tuh. Nah! Dah nampak dah muka2 konon2 comel. Punya lah dah lame aku dok kat bilik tu, baru tingat nak buat camtu. Hilang akal ke..?? aku rasa x. Yang penting aku suka gambar2 tu. Kenangan katekan.. 
Selain dari tu..malam tadi gak aku kemas bagasi2 aku. Nah! Jumpa lagi khazanah lame..aku gak dah lupe dengan gambar konvo aku tahun 2009. Punye besar frame tu. Tersemat baik je dalam kotak. Penat je comel2 time tu. Tapi x tunjuk kat org. hah hah.. berhabak dah!. 
Ada lagi satu..aku baca satu buku tajuk “the magic of thinking BIG” by David J. Schwartz. Ada satu part yang aku kena study lebih sikit. Pasal ni.. “Fikir mengenai orang lain dengan BETUL”. Hah..nak share sikit. Prof ni bagi prinsip untuk di amalkan supaye kite fikir pasal orang lain ni dengan betul .
Prinsip adalah seperti di bawah :-
 a) Jadilah orang yang disenangi. Supaya kita tidak akan di pandang teruk.
b) Ambil inisiatif cari kawan baru untuk tambah kawan. Tambah pengetahuan.
c) Ingatlah tiada manusia di dunia ini sempurna. So, setiap orang berhak menonjolkan perbezaan masin-masing.
d) Pastikan kite berada dalam kelompok yang positif.
e) Galakkan orang lain bercakap untuk kita mendengar pendapat atau luahan dari sesiapa sahaja.
f) Sentiasa berbudi bahasa.
g) Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan kite. Cari inisiatif untuk mencapai kejayaan.

Prof ni cakap…if kita amalkan prinsip ni..confirm kite boleh Berjaya dan berfikir dan berjiwa besar untuk mencapai ape yang kite impikan.

Dengan tibe2 aku teringat plak tahun 2012 ni dah ada azam dan impian yang tercatat. Baru je brape hari dalam tahun 2012 ni, aku dah mula meleret and terheret ke tempat lain. Fokus hill focus!! Cuba capai target awak tu hill!!

Chayyok2!!




Tuesday, 3 January 2012

Happy New Year -2012!!!

Selamat tahun baru utk diri aku dan semua rakan-rakan seperjuangan.(haha ayat macam dalam pertandingan perbahasan sekolah) Perh! dah lame benar aku tak update blog. Biase la sebelum ni banyak sangat dah yang jadi dan mengganggu konsentrasi aku untuk terus meluahkan rasa dalam blog ni. At last aku give up. Then say buhbye..

But...today feel free la kunun curik-curik masa untuk mengupdate blog. Anyway friends..(kunun cam ada friend ramai sgt kan) cam biase la aku pun meng short listed kan azam-azam baru aku untuk tahun 2012 nih!. Nah!! memang tak tau la boleh skor ke tak kan. Saje cabar diri. Harus fikir hebat beb!.
Cerita pasal azam-azam kita kan...memang gah kan. Sebut je nak itu nak ini. Nak jadi itu dan ini. Tapi tak nampak pun kan. Betul tak?? Memang betul ape yang diorang buat. Tapi mungkin tak jelas. Azam tu yang tak jelas ke?. "Azam..tolong jelaskan!!". Dah En.Azam plak nak kena jelaskan. Ape ke jadahnye! Jenoh nak cari En.Azam macam ni. (pe aku mengarot ni)

Berbalik pada azam tadi.. erm..sepatotnya azam tu korang kena tulis kot. Tulis cantik-cantik tampal kat dinding bilik.(jangan tampal kat dinding ruang tamu. jenuh nak menjawab ngan mak). Tak pun tampal kat pintu almari. Eh! pepandai korang la nak tampal kat mane pun. Ha..bangun pepagi mengadap kat list tu. Nah! setiap hari korang boleh ingat azam korang. Macam kita buat nota la- list to do-.. ha..kan ke kite ingat je. Sampai tak leh nak ingat benda lain kot. Keje memanjang. Becinta pun leh gadoh. hah! tak gitu? 

Bahaya plak nanti aku dok ceramah panjang-panjang ni. Aku sebenarnya nak bagitau azam yang kita list down kan tu sebenarnya untuk diri kita gak. Actually kita cuba cabar diri kita untuk lebih maju dan berdaya saing.(bukan perut yang maju k). Tak kisah tercapai ke tak di kemudian hari. Tapi at least kita ada target yang harus dicapai utk tahun 2012 ni. Kita kena fikir diri kita sama hebat dengan orang yang hebat ataupun lebih hebat dari yang hebat. Motivasikan diri anda setiap hari untuk jadi lebih positif. (cheh!)

Panjang betul aku membebel kan. Haha!- Sekian...

Ref : Berfikir gaya Trump.