Wednesday, 11 January 2012

ketika ku suka buat apa ku suka (ep : 1)

Hi geng! Dengan rase ok-ok je hati ni, sejak2 ni je rase ok-ok,  malam tadi aku terfikir plak nak buat something untuk jadikan hati ni lebih ok dari ok-ok. So aku capai frame yang aku beli agak lame gak aku simpan. Then aku susun gambar yang “sweet2” katenye.. kat frame tuh. Nah! Dah nampak dah muka2 konon2 comel. Punya lah dah lame aku dok kat bilik tu, baru tingat nak buat camtu. Hilang akal ke..?? aku rasa x. Yang penting aku suka gambar2 tu. Kenangan katekan.. 
Selain dari tu..malam tadi gak aku kemas bagasi2 aku. Nah! Jumpa lagi khazanah lame..aku gak dah lupe dengan gambar konvo aku tahun 2009. Punye besar frame tu. Tersemat baik je dalam kotak. Penat je comel2 time tu. Tapi x tunjuk kat org. hah hah.. berhabak dah!. 
Ada lagi satu..aku baca satu buku tajuk “the magic of thinking BIG” by David J. Schwartz. Ada satu part yang aku kena study lebih sikit. Pasal ni.. “Fikir mengenai orang lain dengan BETUL”. Hah..nak share sikit. Prof ni bagi prinsip untuk di amalkan supaye kite fikir pasal orang lain ni dengan betul .
Prinsip adalah seperti di bawah :-
 a) Jadilah orang yang disenangi. Supaya kita tidak akan di pandang teruk.
b) Ambil inisiatif cari kawan baru untuk tambah kawan. Tambah pengetahuan.
c) Ingatlah tiada manusia di dunia ini sempurna. So, setiap orang berhak menonjolkan perbezaan masin-masing.
d) Pastikan kite berada dalam kelompok yang positif.
e) Galakkan orang lain bercakap untuk kita mendengar pendapat atau luahan dari sesiapa sahaja.
f) Sentiasa berbudi bahasa.
g) Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan kite. Cari inisiatif untuk mencapai kejayaan.

Prof ni cakap…if kita amalkan prinsip ni..confirm kite boleh Berjaya dan berfikir dan berjiwa besar untuk mencapai ape yang kite impikan.

Dengan tibe2 aku teringat plak tahun 2012 ni dah ada azam dan impian yang tercatat. Baru je brape hari dalam tahun 2012 ni, aku dah mula meleret and terheret ke tempat lain. Fokus hill focus!! Cuba capai target awak tu hill!!

Chayyok2!!




Tuesday, 3 January 2012

Happy New Year -2012!!!

Selamat tahun baru utk diri aku dan semua rakan-rakan seperjuangan.(haha ayat macam dalam pertandingan perbahasan sekolah) Perh! dah lame benar aku tak update blog. Biase la sebelum ni banyak sangat dah yang jadi dan mengganggu konsentrasi aku untuk terus meluahkan rasa dalam blog ni. At last aku give up. Then say buhbye..

But...today feel free la kunun curik-curik masa untuk mengupdate blog. Anyway friends..(kunun cam ada friend ramai sgt kan) cam biase la aku pun meng short listed kan azam-azam baru aku untuk tahun 2012 nih!. Nah!! memang tak tau la boleh skor ke tak kan. Saje cabar diri. Harus fikir hebat beb!.
Cerita pasal azam-azam kita kan...memang gah kan. Sebut je nak itu nak ini. Nak jadi itu dan ini. Tapi tak nampak pun kan. Betul tak?? Memang betul ape yang diorang buat. Tapi mungkin tak jelas. Azam tu yang tak jelas ke?. "Azam..tolong jelaskan!!". Dah En.Azam plak nak kena jelaskan. Ape ke jadahnye! Jenoh nak cari En.Azam macam ni. (pe aku mengarot ni)

Berbalik pada azam tadi.. erm..sepatotnya azam tu korang kena tulis kot. Tulis cantik-cantik tampal kat dinding bilik.(jangan tampal kat dinding ruang tamu. jenuh nak menjawab ngan mak). Tak pun tampal kat pintu almari. Eh! pepandai korang la nak tampal kat mane pun. Ha..bangun pepagi mengadap kat list tu. Nah! setiap hari korang boleh ingat azam korang. Macam kita buat nota la- list to do-.. ha..kan ke kite ingat je. Sampai tak leh nak ingat benda lain kot. Keje memanjang. Becinta pun leh gadoh. hah! tak gitu? 

Bahaya plak nanti aku dok ceramah panjang-panjang ni. Aku sebenarnya nak bagitau azam yang kita list down kan tu sebenarnya untuk diri kita gak. Actually kita cuba cabar diri kita untuk lebih maju dan berdaya saing.(bukan perut yang maju k). Tak kisah tercapai ke tak di kemudian hari. Tapi at least kita ada target yang harus dicapai utk tahun 2012 ni. Kita kena fikir diri kita sama hebat dengan orang yang hebat ataupun lebih hebat dari yang hebat. Motivasikan diri anda setiap hari untuk jadi lebih positif. (cheh!)

Panjang betul aku membebel kan. Haha!- Sekian...

Ref : Berfikir gaya Trump.